Assalamualaikum..yuhuu!
Banyak-banyak perkara dalam dunia ni, aku paling tak suka kalau ada orang di sekeliling aku ni suka carik pasal dengan merendah-rendahkan orang lain. Biasa manusia ni kan, pantang lebih sikit dari orang lain, ha mula lah nak yang dia tu hebat dan orang lain tak bagus. Ish..ish..ish..Kenapa mesti jadi macam tu ek?
Kat ofis aku ni ade ramai yang perangai macam ni..kadang-kadang tu kan boleh buat aku ternganga bila ada ayat-ayat yang gila sarkastik like what the tut..tut.. ??!!Macam last week la kan..ada la sorang kakak ni. Aku letak nama dia Kak S la ye.Dia ni keje kerani je tapi dia da served company aku tu lebih dari 20tahun. Korang bayangkanlah betapa dia sudah pun masuk kategori warga emas yang layak kupanggil ibu. Walaupun dia tu kerani je tapi aku kena la respect kat dia kan, da la orang lama, senior plak tu. Lepas lunch camtu tetiba dia datang kat meja aku. Ingatkan nak apa rupanya nak tayang handphone baru dia, Samsung Galaxy Note (hurmmmm!) Aku dengan muka ikhlas pun berkata, "wah, Kak S..kemain ye..da pakai Note". Dia mula-mula macam tersipu-sipu la kunun. Pastu dia cakap, "mestilah, cantikkan?", sambil tangan dia belek-belek benda alah tu sambil tersenyum gedik. Aku sengih je. Tak tahu nak respon apa. Pastu dia sambung lagi dialog dia. "Kiranya aku punya fon ni up sikit la dari kau kan. Ko S2 je. Tengok aku ni ha. Dapat jugak Note,". Amboih, ayat dia! Then ada sorang officemate lelaki aku ni terperasan plak si Kak S ni tengah pegang telefon tu. Dia pun tegur, "Kak S da pakai Note siot!" Korang nak tahu apa yang si Kak S ni jawab?
"Tengok orang la! Ko mampu ke nak beli Note ni? Takde maknanya korang dapat rasa!". Astagfirullahalazim! Mengucap panjang aku. Sambil geleng kepala, aku pun menjawab bagi pihak officemate aku tu dengan nada bergurau. "Kak S ni, ada plak cakap camtu. Kak S da tau macam mana nak guna fon ni? Yela, before this kan akak pakai fon lain". Agak-agak korang la kan, apa yang dia jawab?Hahahahahaha! Dia datang dekat dengan aku pastu dia pun bisik. "Aku sebenarnya tak tau apa-apa pun. Ko ajar aku boleh tak?". Laaaaaaa..aku da facepalm kat situ. Tu la, nak berlagak dengan orang tapi dia sendiri yang kantoikan diri dia. Padahal officemate aku tu pangkat dia lebih tinggi dari Kak S ni dan dia lebih senior dari aku. Kalau nak ikutkan mampu, memang dia mampu sangat-sangat. Kita mana la tau kalau dia tak berminat ataupun dia banyak lagi tanggungjawab yang lain.Tapi pada aku, Kak S tak payah la cakap macam tu kot. Tak semua orang fikir tu sama macam apa yang kita fikir. Kenapa mesti nak merendah-rendahkan orang lain kalau dia bukan seperti kita. Sebenarnya Kak S ni memang berperangai macam ni. Semua orang dalam ofis aku ni da faham benar dengan dia. Start dari hari tu, setiap kali dia ada problem dengan fon tu, dia akan cari aku. 1st, sebab dia malu nak tanya kawan aku tu. 2nd, sebab dia tau aku tak bocorkan rahsia yang dia tak tahu langsung aplikasi fon tu walaupun semua da tau.
Da banyak kali da aku hadapi situasi macam ni malah lebih teruk pun ada. Bukan setakat Kak S, semua level la termasuklah surirumah tangga. Haihs! Terutama kalau involve bab kerja lagi la teruk kot. Spesis macam ni beranggapan dia lebih dari orang lain dan merasakan orang lain tak capable untuk dapat apa yang dia ada. Contohnya, seorang pengurus sentiasa mempertikaikan hasil kerja anak buah orang lain. Tak bagus dan jika anak buah dia yang buat, pasti lebih bagus dari itu. Tapi bila da dapat kerja tu, dia memang tak tahu menahu pun. So jalan ringkas, mintak tolong orang yang dia kutuk tadi sambil tersengih.Kan da malu sendiri.
Jadi, banyak-banyakkan muhasabah diri ye. Aku pun jika hadapi situasi macam ni, aku lihat, aku dengar dan aku geleng kepala sambil dalam hati kata, janganlah aku jadi macam orang ni. Meluat orang tengok kot! TATA!

No comments:
Post a Comment
what?!