Wednesday, November 23, 2011

Don't Forget

Assalamualaikum korang..! aku just nak ingatkan je..jangan lupe tau malam ni..


p/s: Aummmmmmmm!

Tuesday, November 22, 2011

Hooorreeyyyy!!

Alhamdulillah...akhirnya doa dan harapan kita semua telah dimakbulkan Tuhan..MALAYSIA MENANG!!! Jeritan dan sorakan kita di sini telah didengari oleh pasukan kita yang berada di Jakarta..aku memang dah tak terkata apa dah sebab semua media cetak dan elektronik hari ini dah ceritakan untuk korang especially untuk korang-korang yang tak tengok game ni malam tadi..seluruh rakyat Malaysia bersorak tak kira di mana je..aku rasa cam nk roboh bangunan pun ada..punyalah dasyat penangannya..Tahniah Harimau Muda! Aummmmmmmmmm...!

Kredit gambar: Mstar Online

p/s: Aku nak pegi cari tiket untuk game malam esok la..huhu!
      Bye!

Monday, November 21, 2011

Show Our Love!

Assalamualaikum..**peace!!**..entri hari ini adalah entri yang memerlukan aku bersemangat! cewah!..tak lain dan tak bukan adalah kerana hari ini adalah penentu pingat emas Sea Games 2011 bagi acara bolasepak. Walaupun aku ni bukanlah peminat bola yang tegar namun demi menyokong skuad negara, apa salahnya kita kumpul ramai-ramai hari ni di mana-mana sahaja yang membolehkan korang menyaksikan perlawanan pasukan negara kita menentang pasukan Indonesia malam ini. Kita bersorak sekuat-kuatnya seolah-olah skuad negara kita boleh mendengar tiupan semangat warga Malaysia di stadium Bung Karno, Jakarta. 


Sejujur-jujurnya aku mengaku yang aku tidaklah mengikuti sangat perkembangan sukan bolasepak negara kita ni tapi sejak pasukan Malaysia menang untuk AFF Suzuki Cup 2010..aku jadi berminat untuk "ambil tahu"..bukan tak patriotik tapi waktu tu sukan bolasepak di negara kita hanyalah 'suam-suam kuku'..mungkin ada banyak faktor penyebabnya tapi banyak pembaharuan telah dilakukan dan sebenarnya kita memang berkemampuan untuk bersaing dengan pasukan-pasukan negara lain..so korang-korang sume..sila saksikan perlawanan ni ye! hopefully game malam ni tiada kontroversi macam yang sebelumnya..kesian pemain negara kita..macam-macam dugaan yang terpaksa mereka tempuhi untuk mencari emas untuk Malaysia..Pada penyokong Indonesia..korang tak payah la pakai laser ye untuk mengelirukan pemain kami sebab itu taktik lama dan taktik pengecut je..


mudah-mudahan negara kita berjaya lagi! Malaysia Boleh! Jom kita mengaum ramai-ramai malam ni..!!Auuuuuummmmmmm!!



Wednesday, November 16, 2011

It's like a year without rain

Assalamualaikum everyone!hikhik..beberapa hari ni aku kerap dengar lagu ni..maybe because it's catchy..tapi rasenye sebab faktor kesejukan yang melanda..(ape tuh..?ish3..!)..hahah!..i mean..sekarang ni kan musim hujan so dengan air hujan yang melimpah ruah serta kilat dan petir yang bersahut-sahutan itu telah membuatkan aku kesejukan...hurmm..lagi la layan lagu nih padahal aku bukannya minat pun kt Selena Gomez nih..(pernah ke aku minat artis?sori..!aku lebih minat pada karya dan bakat okeh!)...ape-ape pun..layan je la ye lagu yang aku kategorikan sebagai LAGU MUSIM HUJAN..




Can you feel me when I think about you?
With every breath I take
Every minute, no matter what I do
My world is an empty place

Like I've been wandering the desert
For a thousand days
Don't know if it's a mirage
But I always see your face, baby

I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain

I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain

The stars are burning, I hear your voice in my mind
Can't you hear me calling?
My heart is yearning like the ocean that's running dry
Catch me I'm falling

It's like the ground is crumbling underneath my feet
Won't you save me?
There's gonna be a monsoon when you get back to me
Oh baby

I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain

I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain

So let this drought come to an end
And make this desert flower again
I need you here, I can't explain
A day without you is like a year without rain

I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain

I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain

Adios!

Friday, November 4, 2011

Hepi Holiday!

Cumel la lembu nih!
kredit:ezhan-artwork

Assalamualaikum..waa..!rasa sangat best hari ni sebab kita semua akan bercuti bermula esok..!^o^..aku lagi la hepi sebab company aku bercuti sampai hari rabu..hukhuk!tapi aku lagi2 rasa best yang amat sangat sebab aku terus sambung cuti aku sampai hari Ahad..waaa!jangan jeles2 tau..hikhik!so sempena perayaan AidilAdha ni..aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha..pada yang ingin pulang ke kampung tu..jom kita konvoi ramai2!berhati-hati ketika memandu ye..:)..mudah-mudahan segala pengorbanan yang telah kita lakukan juga yang akan kita lakukan itu sangat berbaloi dan jangan lah sesekali mengharapkan balasan atau mengungkit-ungkit tentangnya pada masa akan datang..ikhlaskanlah segalanya dan Insyaallah, ada hikmah dan nikmat yang telah Allah janjikan untuk kita.. always be positive dan elakkanlah bersangka buruk pada yang lain..so take care of yourself and enjoy your holiday ya!see ya till next entry..

Thursday, November 3, 2011

Ini Kisahku

assalamualaikum...yuhuu blog..!haha..lame giler tak menjengah blog nih..haihss!da banyak sawang da pon..since the last entry, i was so busy with my job and personal matters..tu la..orang nak berblog, aku pn nak jugak..last2 terbengkalai macam ni. Mungkin disebabkan aku kurang suka menulis kot??entah la..tapi lepas ni aku akan cuba luangkan masa untuk update entri dalam blog ni..lagipn tujuan aku menulis blog pon hanyalah sekadar berkongsi rasa, pendapat dan pengetahuan aku yang tidak lah banyak mana pun ni..


Lately..aku sangat gemar menonton kembali rancangan2, cerita2 dan program2 televisyen yang aku tak sempat nak tonton pada waktu ianya bersiaran..salah satu sumber aku pastinya YOUTUBE la kan..hehe!ada satu program yang amat menarik minat aku untuk menonton adalah program "INI KISAHKU" terbitan Primeworks Studio. Kalau tak silap aku program ini bersiaran di TV9 pada bulan Ramadhan yang lalu. Antara artis2 yang terlibat dalam rancangan ini adalah Wardina Safiyyah, Catriona Ross, Sham Kamikaze dan Mawi..Mungkin anda2 di luar sana merasakan aku sudah ketinggalan tapi bagi aku ianya cukup menyentuh jiwa sehingga aku rasa ingin berkongsi dengan orang lain. Bagi aku program ini mempunyai pengisian yang sangat baik terutama sekali bila menyentuh tentang keinsafan. Dan antara episod yang memberi kesan pada aku adalah episod Wardina dan Catriona Ross sebagai subjeknya.
Wardina Safiyyah
'Ini Kisahku - Wardina" adalah episod pertama yang aku tengok. Aku sememangnya mengkagumi personaliti Wardina sejak dia memilih untuk berhijrah satu ketika dulu..Bagi aku, penghijrahan bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya tidak disertai dengan kekuatan mental dan fizikal..Wardina tanpa segan silu menceritakan bagaimana proses perubahan hidupnya yang membawa beliau ke tahap sekarang..aku tabik pada beliau kerana tidak semua orang berani menyatakan kesalahan yang pernah kita lakukan but she did..tentang bagaimana beliau mengecewakan ibu beliau, bagaimana beliau mengingkari kata2 kedua ibu bapa beliau..dan seterusnya beliau berubah menjadi insan yang lebih baik..aku ingin memetik kata2 beliau antaranya, " you are what you eat, you are what you read"..aku sangat2 bersetuju dan sedikit tambahan di sini yang ingin aku kongsi adalah..sesungguhnya penghormatan orang pada kita adalah terletak pada percakapan kita..

Catriona Ross

"Ini Kisahku - Catriona Ross" pula adalah episod seterusnya yang aku tengok dan juga menyentuh jiwa aku..beliau banyak menceritakan pengalamannya terutama tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon sebelum beliau berhijrah. Dan perubahan yang beliau lakukan bukanlah hanya dari segi pemakaian sahaja bahkan attitude beliau juga berubah seiring penghijrahan beliau..

Aku kagum pada mereka yang ingin berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik lagi. Walaupun aku seorang muslim dan sudah berhijab sejak dari sekolah rendah lagi namun aku juga perlu mengambil iktibar melalui program ini kerana aku ingin sentiasa memperbaiki diri aku agar mnjadi insan yang lebih baik dari semalam dan sentiasa berada di dalam keredhaanNya..insyaallah..!