Monday, July 16, 2012

Suatu Hijrah

Assalamualaikum u olls!

Bulan Rejab dan Syaaban tahun ni aku bersyukur sangat dapat buat puasa sunat lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, syukur. Kedatangan bulan Ramadhan tahun ni aku berazam nak bersolat terawih lbh banyak juga dari tahun-tahun sebelum ni. Ini lah hijrah aku.

Sekarang ni aku tengok ramai betul orang yang berhijrah. Ada yang dari tak tutup aurat, da tutup aurat. Dari yang tak pakai tudung, da mula bertudung. Dari yang seksi da tak berapa seksi. Tu yang dari negatif ke positif la. Ada jugak yang sebaliknya. Yang tu kadang-kadang buatkan kita rasa meluat pun ada. Dan aku paling benci bila ada perempuan yang claim, "Saya rasa saya tak seksi". Kalau bogel baru seksi kot. Kalau lawa sangat takpe la jugak. Oppppsss!!

Pada aku, hijrah bawa banyak maksud. Macam aku, hijrah aku adalah untuk transform diri aku untuk jadi lebih baik dari dulu. Meskipun kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling aku selalu cakap aku budak baik tapi diri aku, aku tau la. Kita ni manusia. Kalaupun nak claim cakap kita tak pernah buat silap, tapi kena la terima yang kita ni lemah. Pasti ada lack kat mana-mana. Sebagai contoh, dalam hal solat. Memang la baca ayat yang betul tapi adakah sebutan aku ini sudah betul? So kalau dulu aku solat sekadar cukup lima waktu tapi kualitinya kurang, so sekarang aku nak kualitinya lebih baik lagi. Ye la, kadang-kadang kita ni sibuk sangat nak kejar masa, solat pun main asal buat. Bacaan laju macam la kau boleh kejar masa tu. So sekarang ni aku akan ambik masa untuk sudahkan solat aku. Setiap ayat yang aku baca, mesti disebut dengan lebih jelas dan terang. So Insyaallah, maknanya sampai. Ni belum aku sentuh lagi makna dalam bacaan solat. Hurm, banyak yang kena improve ni.

Lagi satu, pasal aurat. Ye, memang aku bertudung. Dari sekolah sampai sekarang. Alhamdulillah. Tapi sejauh manakah aurat aku ditutup? Dulu masa sekolah, aku sekadar bertudung. Pakai baju lengan panjang ke, baju pendek ke, seluar ketat ke, aku belasah je. Tapi semakin aku meningkat dewasa, aku sendiri punya kesedaran untuk mencari, menggali dan membaca makna aurat tu. Dari baju lengan pendek, da tukar ke lengan panjang.Dari baju pendek ngam-ngam paras pinggang, aku da pakai baju labuh tutup punggung. Tapi aku belum sampai tahap pakai baju labuh sampai lutut la. Dari baju yang agak ketat, aku tukar baju yang lebih longgar. Bukan la kata aku ni Islamik sangat tapi maybe sebab perubahan umur kot. Haha!

Tu pasal baju. Ni pasal tudung plak. Yang ni pun aku rasa aku da banyak buat hijrah aka improvement. Dari tudung selepang ke belakang, aku dah tarik ke depan. So tertutup la dada tu. Dari yang jarang, aku da improvise jadi tak berapa jarang. Ikut kreativiti aku la kan. Maklumlah, aku ni bekerja dalam environment yang ramai lelaki. Perempuan yang terdedah sana-sini diorang tengok sampai terjojol bijik mata, aku ok lagi. Tapi bila perempuan yang elok tutup aurat ni pun jadi bahan so called Majalah Playboy diorang, aku macam panas hati jugak la. Bukan nak kata aku ni baik, tapi aku malu. Perasaan malu itulah sebenarnya yang lead untuk aku berhijrah

Hijrah pada aku, bukan sekadar dari kau tak pernah pastu kau buat. Tapi hijrah juga adalah kau da buat, tapi kau nak buat lagi dengan lebih baik. Hijrahkan minda kita. Hijrahkan sikap dan perbuatan kita. Hijrahkan ibadat kita. Hijrahkan iman kita. Ni baru je aku cite bab pakaian. Belum lagi bab lain. Takpela, nanti kalau ada waktu aku tulis lagi. Mungkin bukan dengan tajuk hijrah la kot.

So, u olls! Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak! Semoga penghijrahan kita ni membawa makna hidup yang lebih sempurna buat kita. Chow!




Wednesday, July 4, 2012

War Film

Assalamualaikum u olls!

Yup aku tau. Dah lama aku tak jenguk blog ni kan?..hehe. Actually aku agak busy lately and mood untuk mengupdate blog tu takde. Sangat la cliche kan? But, that's the truth. Lagipun, macam la ada orang baca blog aku dan sentiasa menantikan post yang baru kan? Hikhik!

Anyway, dalam pada sibuk tu aku sempat la jugak menonton movie. Tapi bukan kat cinema la. Tengok kat rumah je. Bukan cerita yang baru tayang pun sebab habit aku ialah kalau nak tengok certain movie tu, haruslah selepas ianya ditayangkan di pawagam. Bukan sebelum (confem cetak rompak!) atau semasa. Tapi selepas ok! Tak kisah la kalau dah terlepas berapa lama pun. Janji aku tengok. Salah satu sebab kenapa aku ada habit camtu adalah kerana bila semua orang dah tengok kat pawagam, confem lah diorang akan review kan? So, bila semua orang cakap cerita tu best, baru lah aku rasa nak tengok. Haha! Tapi kadang-kadang aku tengok cerita yang semua orang cakap tak best. Sebab aku nak tau apa yang membuatkan cerita tu jadi tak best. Hehe!

To be frank, aku bukanlah seorang yang pandai sangat nak review movie ni. Tapi aku akan cuba luahkan apa yang aku rasa ketika menonton movie ni ok! Minggu lepas adalah minggu yang membosankan so aku godek-godek dalam external hardisk aku kalau-kalau ada cerita menarik. Tambahan pulak lately, aku suka tengok fashion, lagu, cerita yang berunsurkan sejarah or cerita dulu-dulu masa dalam tahun 1920-an camtu la. So kebanyakan cerita dalam masa-masa ni semua ada unsur perang.




Okeh aku tau yang movie ni da lame gile tapi aku baru je dapat tengok full last week. Sebelum ni aku hanya dengar soundtrack je. Aku memang tabik pada Micheal Bay sebab semua cerita yang dia arahkan ada uummppphhh! Pelakon-pelakon yang dipilih telah berjaya membawa watak masing-masing dengan berkesan sekali. Aksi-aksi perang yang ada dalam cerita ni memang mantap. Script writer dia pandai blend cerita ni dengan sejarah yang berlaku waktu tu. Semua nampak macam real. Prop yang mereka reka juga memberi impak yang sangat baik pada jalan ceritanya. Sinematografi yang cantik dan kualiti gambar yang bermutu. No wonder la pembikinannya tahap juta-juta. Sepadan dengan hasilnya. Subjek cerita ni hanyalah tentang persahabatan tapi ianya berjaya menusuk ke jiwaku ini! (heheh!). Padahal ceritanya hanyalah berkisarkan bermulanya Perang Dunia ke-2 apabila tentera Jepun menyerang Amerika (Pearl Harbor) secara mengejut dan Amerika balas balik dengan gugurkan bom di Tokyo. Dalam sejarah, Jepun berjaya menenggelamkan kapal America yang paling canggih waktu tu Which means Amerika kalah la. Before this, ada orang cerita kat aku yang filem ni tipu sebab Amerika menang tapi bila aku tengok, takde la plak Amerika menang. Cuma diorang ni bersemangat untuk hidup kembali selepas peperangan berakhir. So, jangan mudah sangat percaya orang punye pendapat. yang penting, Kau sendiri tengok sampai abis.

Part yang Ben Affleck nangis beriya-iya membuatkan aku tersentuh. Seriously, aku tak regret langsung tengok cerita ni even makan masa 3 jam lebih. Suasana perang memang membuatkan aku mudah tersentuh. Banyak sangat kemusnahan yang berlaku dan juga kehilangan orang yang tersayang.Aku tak boleh bayangkan kalau kita terpaksa menempuh semua ni.Cukup-cukup la apa yang pernah berlaku di negara kita suatu ketika dulu. Tapi negara lain masih ada lagi yang berperang kan? So if ada sesiapa yang tak pernah tengok cerita ni (macam aku) aku suggest korang try la tonton ye.




Filem ni juga sangat la menguji minda (pada aku la sebab aku dok fikirkan fakta sejarah yang berkaitan). No wonder la filem ni diangkat sehingga peringkat antarabangsa. Ceritanya juga berkisarkan tentang persabahatan dan permusuhan. Berlatarbelakangkan suasana di Korea ketika masih di bawah kekuasaan Jepun. Ceritanya memang best! Seriously. Aku sangat bersetuju kalau filem menang banyak anugerah dan pujian. Bukan mudah untuk melakonkan watak sebegini terutamanya bila fakta sejarah diselitkan. Banyak aksi perang dan prop yang mereka gunakan sangat la memberi kesan pada jalan ceritanya. If korang ada masa, tengok la cerita ni. Memang tersentuh hati. Kekejaman terhadap tawan perang memang mengerikan dan menyedihkan. Namun, kepayahan yang mereka lalui tidak memutuskan harapan mereka untuk bertemu semula.

Yang menarik tentang filem ni adalah, masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Dari bahasa Korea, bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa Russia (Soviet Union)  dan bahasa Perancis. Aku tak hairan kalau produser dia kata, dia da habis banyak duit dalam filem ni. Memang berbaloi dengan hasilnya.

Aku juga percaya, satu hari nanti Malaysia juga boleh mencipta rekod untuk keluarkan cerita macam ni. Tapi buat masa sekarang, secara jujurnya aku belum nampak lagi ada tanda-tanda karyawan kita yang berani buat cerita macam ni. Tapi kita masih boleh buktikannya dan ianya bukan mustahil. So, korang tengok la cerita ni ok! Mungkin mula-mula ia agak bosan sedikit. Tapi bagi la masa dalam 15 minit, mesti korang da tak boring. Touching giler weii!


Till then, bye!