![]() |
| Source: Red Communications |
Assamulaikum! Hye everybody! :)
Korang pernah tak tengok cerita Memberku Hawa ni? Pada yang dah tengok tu baguslah. Aku baru je berkesempatan tengok semalam..hewhewhew! Padahal cerita ni da sampai ke Episod 6 pun. Memang ketinggalan betul aku ni kan. Aku tengok kat tonton.com.my je. Aku tau pasal cerita ni masa mula-mula aku tertengok iklan kt TV3. Lama da pun. Nampak macam best tapi aku selalu terlupa bila waktu siarannya. So hari tu aku ada baca kat satu blog pasal cerita ni. Aku pun rasa terpanggil untuk menonton. Cewah, ayat dia!
At the first glance, aku rasa cerita ni biasa-biasa je sebab Kotex yang taja. So of course la produk Kotex ada di mana-mana dalam cerita ni. Tapi bila da tengok episod yang kedua, baru la timbulnya rasa macam nak tengok lagi episod-episod yang akan datang. Jalan ceritanya memang sangat la sesuai dengan golongan remaja dan dewasa. (yela, kan nak promote Kotex! Takkan kat warga emas plak kot!haha!). Pelakon-pelakon yang dipilih pun memang kena dengan setiap watak yang mereka lakonkan..
![]() |
| Source: Red Communications |
Memberku Hawa ni berkisarkan tentang dua orang sahabat baik iaitu Hawa dan Kay yang tak henti-henti dilanda dugaan dan masalah terutamanya di tempat kerja masing-masing. Kay dalam bidang modeling manakala Hawa pulak dalam bidang IT. Biarpun mereka memiliki profession yang berbeza tapi ini tidak menghalang untuk mereka berkongsi masalah dan membantu salah seorang dari mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Memberku Hawa ni banyak menyentuh elemen-elemen hubungan persahabatan, diskriminasi jantina, keyakinan diri dan of course la, Kotex. Satu benda yang menarik minat aku untuk tengok cerita ni adalah backdrop yang diorang gunakan. Semuanya pastel kaler dan warna-warna terang. Nampak fresh dan cantik. Tak kiralah dari segi pakaian ke, make-up ke, perabot ke. Kualiti gambarnya pun bagus.
![]() |
| Source: Red Communications |
So if korang nak tengok cerita ni, jangan lupa saksikan Memberku Hawa pada setiap Ahad, 10.30 malam, hanya di TV3 okay!



No comments:
Post a Comment
what?!