Tuesday, May 22, 2012

Hidayah

Assalamualaikum wbt..

Tetibe hari ni aku nak post something kt sini yang mungkin boleh jadi panduan untuk diri aku dan korang yang baca. Aku suke tengok video yang ada kat Youtube especially kalau aku ade terlepas episod cerita yang aku suka tengok. Tapi lately, aku lebih banyak tonton video yang berunsurkan ceramah agama macam Ustaz Azhar, Ustaz Don, Ustaz Harun Din dan sebagainya la. Memang banyak perkara yang kadang-kadang kita sebagai muslim ni sering kita abaikan ataupun kite tak ambil tau pun. Aku bukan la nak mengajar tentang ilmu agama tapi pada aku kita perlu sentiasa tingkatkan diri kite dengan ilmu secukupnya walaupn perkara tu kecik je.


Minggu lepas aku ada training kat tempat kerja aku la kan. Aku ada sorang kawan yang jenis susah nak terima bila ada orang tegur dia tentang sesuatu perkara. Even dia salah sekalipun, dia akan 'fight' sampai orang yang tegur tu mengalah dengan dia. Dia ni lebih tau dari aku dalam 9 tahun cmtu dan da berkeluarga pun. Masa tu lunch hour so kami ada masa untuk berborak. Macam-macam yang kami borakkan sampai la kami sampai kat satu topik ni. lebih kurang camni la dialog dia.

Aku: Ko tau tak, ari tu kan aku tengok video ceramah Ustaz Don. Sedapnya suara dia mengaji..
Kawan: Yeke..bagus la ko ek..tengok video-video camtu..
Aku: Laa..apa yang bagusnya..kat Youtube je kot. If pegi ceramah dia lagi bagus dari tengok kat Internet tu.
Kawan: Kira bagus la tu, dari aku ni ha..memang tak minat nak tengok pun.
Aku: Aku ni da la kurang ilmu so kena la tambah especially dalam bab aurat ni. Banyak yang kena improve.
Kawan: Eh, ko kan da bertudung elok da ni..nak improve apa lagi?
Aku: Memang la..tapi aku ni kan jenis ringkas. Pakai tudung tak bererti kita tutup aurat. If pakai tudung tak tutup dada macam fesyen sekarang ni ha..confirm tak tutup aurat. Tu belum kira lagi lengan baju yang singkat, baju yang ngam-ngam ikut body lagi..banyak tu.
Kawan: Alaa..kau ni..releks la..yang penting kau confortable kan.
Aku: Kadang-kadang adik lelaki aku, ayah aku ada jugak tegur if aku pkai baju singkat tak tutup punggung.
Kawan: Yeke..setau aku kau tu budak baik je. Pakai baju pun takde la pendek pun. Takkan kau nk pakai macam ustazah kot. Tengok aku ni ha, selamba je pakai apa-apa asalkan tak seksi dan aku pakai tudung. T-shirt lengan pendek lagi ha..takdenye aku nak pakai inner..panas la..
Aku: Memang la aku tak seksi dan pakai tudung tapi kalau nak ikutkan, bukan tu je ciri tutup aurat.
Kawan: Kau boleh ek, orang tegur kau pasal agama ni..aku tak suka orang tegur aku. Husband aku tak pernah tegur aku.
Aku: Da memang betul apa yang diorang cakap tu, buat apa aku nak marah plak. Pada aku la kan, bila kita tak betul dan ada orang nak betulkan, kita terima je la teguran tu dengan hati terbuka. Buat apa nak melenting kalau benda tu terang-terang salahnya. Nak tunggu hidayah or seru sampai, entah bila..silap-silap tak sampai-sampai pun. So kita kena la ada kesedaran sendiri. 
Kawan: Baguslah la kau kan..if aku la kan, siap la kena sembur bila tegur aku camtu. Even mak aku tegur pun aku buat bodo je.

Macam tu la lebih kurang perbualan aku dengan kawan aku tu. Pada aku la kan, semakin kita ni meningkat usia, kita kena la menjadi insan yang lebih baik dari dulu. Kalau ada kat mana-mana yang kurang, kita tambahkan la..bukan la nak kata aku ni baik sangat, tapi kesedaran dan keinsafan perlu ada. Jangan dalam hati je nak improve tapi kita tak usaha pun untuk improve. Betul tak? Iktibar yang aku dapat dari perbualan aku dengan kawan aku ialah:

1) Jangan mudah sangat melenting bila orang tegur sesuatu yang baik untuk kita. Kena terima dengan hati terbuka dan buang ego jauh-jauh
2) Buat pembaharuan dalam diri setiap masa
3) Sekiranya kita sendiri tak betul, macam mana kita nak betulkan anak-anak kita. Nanti bila diorang soal, da korang menggelabah. Kan da malu..
4) Kalau kita sedar yang kita buat salah, jangan malu untuk perbetulkan..takpe diorang tegur sekalipun. Itu bermakna diorang ambil berat.

So, positifkan diri anda!:)

No comments:

Post a Comment

what?!