Monday, November 21, 2011

Show Our Love!

Assalamualaikum..**peace!!**..entri hari ini adalah entri yang memerlukan aku bersemangat! cewah!..tak lain dan tak bukan adalah kerana hari ini adalah penentu pingat emas Sea Games 2011 bagi acara bolasepak. Walaupun aku ni bukanlah peminat bola yang tegar namun demi menyokong skuad negara, apa salahnya kita kumpul ramai-ramai hari ni di mana-mana sahaja yang membolehkan korang menyaksikan perlawanan pasukan negara kita menentang pasukan Indonesia malam ini. Kita bersorak sekuat-kuatnya seolah-olah skuad negara kita boleh mendengar tiupan semangat warga Malaysia di stadium Bung Karno, Jakarta. 


Sejujur-jujurnya aku mengaku yang aku tidaklah mengikuti sangat perkembangan sukan bolasepak negara kita ni tapi sejak pasukan Malaysia menang untuk AFF Suzuki Cup 2010..aku jadi berminat untuk "ambil tahu"..bukan tak patriotik tapi waktu tu sukan bolasepak di negara kita hanyalah 'suam-suam kuku'..mungkin ada banyak faktor penyebabnya tapi banyak pembaharuan telah dilakukan dan sebenarnya kita memang berkemampuan untuk bersaing dengan pasukan-pasukan negara lain..so korang-korang sume..sila saksikan perlawanan ni ye! hopefully game malam ni tiada kontroversi macam yang sebelumnya..kesian pemain negara kita..macam-macam dugaan yang terpaksa mereka tempuhi untuk mencari emas untuk Malaysia..Pada penyokong Indonesia..korang tak payah la pakai laser ye untuk mengelirukan pemain kami sebab itu taktik lama dan taktik pengecut je..


mudah-mudahan negara kita berjaya lagi! Malaysia Boleh! Jom kita mengaum ramai-ramai malam ni..!!Auuuuuummmmmmm!!



No comments:

Post a Comment

what?!