Lately..aku sangat gemar menonton kembali rancangan2, cerita2 dan program2 televisyen yang aku tak sempat nak tonton pada waktu ianya bersiaran..salah satu sumber aku pastinya YOUTUBE la kan..hehe!ada satu program yang amat menarik minat aku untuk menonton adalah program "INI KISAHKU" terbitan Primeworks Studio. Kalau tak silap aku program ini bersiaran di TV9 pada bulan Ramadhan yang lalu. Antara artis2 yang terlibat dalam rancangan ini adalah Wardina Safiyyah, Catriona Ross, Sham Kamikaze dan Mawi..Mungkin anda2 di luar sana merasakan aku sudah ketinggalan tapi bagi aku ianya cukup menyentuh jiwa sehingga aku rasa ingin berkongsi dengan orang lain. Bagi aku program ini mempunyai pengisian yang sangat baik terutama sekali bila menyentuh tentang keinsafan. Dan antara episod yang memberi kesan pada aku adalah episod Wardina dan Catriona Ross sebagai subjeknya.
![]() |
| Wardina Safiyyah |
'Ini Kisahku - Wardina" adalah episod pertama yang aku tengok. Aku sememangnya mengkagumi personaliti Wardina sejak dia memilih untuk berhijrah satu ketika dulu..Bagi aku, penghijrahan bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya tidak disertai dengan kekuatan mental dan fizikal..Wardina tanpa segan silu menceritakan bagaimana proses perubahan hidupnya yang membawa beliau ke tahap sekarang..aku tabik pada beliau kerana tidak semua orang berani menyatakan kesalahan yang pernah kita lakukan but she did..tentang bagaimana beliau mengecewakan ibu beliau, bagaimana beliau mengingkari kata2 kedua ibu bapa beliau..dan seterusnya beliau berubah menjadi insan yang lebih baik..aku ingin memetik kata2 beliau antaranya, " you are what you eat, you are what you read"..aku sangat2 bersetuju dan sedikit tambahan di sini yang ingin aku kongsi adalah..sesungguhnya penghormatan orang pada kita adalah terletak pada percakapan kita..
![]() |
| Catriona Ross |
"Ini Kisahku - Catriona Ross" pula adalah episod seterusnya yang aku tengok dan juga menyentuh jiwa aku..beliau banyak menceritakan pengalamannya terutama tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon sebelum beliau berhijrah. Dan perubahan yang beliau lakukan bukanlah hanya dari segi pemakaian sahaja bahkan attitude beliau juga berubah seiring penghijrahan beliau..
Aku kagum pada mereka yang ingin berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik lagi. Walaupun aku seorang muslim dan sudah berhijab sejak dari sekolah rendah lagi namun aku juga perlu mengambil iktibar melalui program ini kerana aku ingin sentiasa memperbaiki diri aku agar mnjadi insan yang lebih baik dari semalam dan sentiasa berada di dalam keredhaanNya..insyaallah..!


No comments:
Post a Comment
what?!