Assalamualaikum u olls!
Yup aku tau. Dah lama aku tak jenguk blog ni kan?..hehe. Actually aku agak busy lately and mood untuk mengupdate blog tu takde. Sangat la cliche kan? But, that's the truth. Lagipun, macam la ada orang baca blog aku dan sentiasa menantikan post yang baru kan? Hikhik!
Anyway, dalam pada sibuk tu aku sempat la jugak menonton movie. Tapi bukan kat cinema la. Tengok kat rumah je. Bukan cerita yang baru tayang pun sebab habit aku ialah kalau nak tengok certain movie tu, haruslah selepas ianya ditayangkan di pawagam. Bukan sebelum (confem cetak rompak!) atau semasa. Tapi selepas ok! Tak kisah la kalau dah terlepas berapa lama pun. Janji aku tengok. Salah satu sebab kenapa aku ada habit camtu adalah kerana bila semua orang dah tengok kat pawagam, confem lah diorang akan review kan? So, bila semua orang cakap cerita tu best, baru lah aku rasa nak tengok. Haha! Tapi kadang-kadang aku tengok cerita yang semua orang cakap tak best. Sebab aku nak tau apa yang membuatkan cerita tu jadi tak best. Hehe!
To be frank, aku bukanlah seorang yang pandai sangat nak review movie ni. Tapi aku akan cuba luahkan apa yang aku rasa ketika menonton movie ni ok! Minggu lepas adalah minggu yang membosankan so aku godek-godek dalam external hardisk aku kalau-kalau ada cerita menarik. Tambahan pulak lately, aku suka tengok fashion, lagu, cerita yang berunsurkan sejarah or cerita dulu-dulu masa dalam tahun 1920-an camtu la. So kebanyakan cerita dalam masa-masa ni semua ada unsur perang.
Okeh aku tau yang movie ni da lame gile tapi aku baru je dapat tengok full last week. Sebelum ni aku hanya dengar soundtrack je. Aku memang tabik pada Micheal Bay sebab semua cerita yang dia arahkan ada uummppphhh! Pelakon-pelakon yang dipilih telah berjaya membawa watak masing-masing dengan berkesan sekali. Aksi-aksi perang yang ada dalam cerita ni memang mantap. Script writer dia pandai blend cerita ni dengan sejarah yang berlaku waktu tu. Semua nampak macam real. Prop yang mereka reka juga memberi impak yang sangat baik pada jalan ceritanya. Sinematografi yang cantik dan kualiti gambar yang bermutu. No wonder la pembikinannya tahap juta-juta. Sepadan dengan hasilnya. Subjek cerita ni hanyalah tentang persahabatan tapi ianya berjaya menusuk ke jiwaku ini! (heheh!). Padahal ceritanya hanyalah berkisarkan bermulanya Perang Dunia ke-2 apabila tentera Jepun menyerang Amerika (Pearl Harbor) secara mengejut dan Amerika balas balik dengan gugurkan bom di Tokyo. Dalam sejarah, Jepun berjaya menenggelamkan kapal America yang paling canggih waktu tu Which means Amerika kalah la. Before this, ada orang cerita kat aku yang filem ni tipu sebab Amerika menang tapi bila aku tengok, takde la plak Amerika menang. Cuma diorang ni bersemangat untuk hidup kembali selepas peperangan berakhir. So, jangan mudah sangat percaya orang punye pendapat. yang penting, Kau sendiri tengok sampai abis.
Part yang Ben Affleck nangis beriya-iya membuatkan aku tersentuh. Seriously, aku tak regret langsung tengok cerita ni even makan masa 3 jam lebih. Suasana perang memang membuatkan aku mudah tersentuh. Banyak sangat kemusnahan yang berlaku dan juga kehilangan orang yang tersayang.Aku tak boleh bayangkan kalau kita terpaksa menempuh semua ni.Cukup-cukup la apa yang pernah berlaku di negara kita suatu ketika dulu. Tapi negara lain masih ada lagi yang berperang kan? So if ada sesiapa yang tak pernah tengok cerita ni (macam aku) aku suggest korang try la tonton ye.
Filem ni juga sangat la menguji minda (pada aku la sebab aku dok fikirkan fakta sejarah yang berkaitan). No wonder la filem ni diangkat sehingga peringkat antarabangsa. Ceritanya juga berkisarkan tentang persabahatan dan permusuhan. Berlatarbelakangkan suasana di Korea ketika masih di bawah kekuasaan Jepun. Ceritanya memang best! Seriously. Aku sangat bersetuju kalau filem menang banyak anugerah dan pujian. Bukan mudah untuk melakonkan watak sebegini terutamanya bila fakta sejarah diselitkan. Banyak aksi perang dan prop yang mereka gunakan sangat la memberi kesan pada jalan ceritanya. If korang ada masa, tengok la cerita ni. Memang tersentuh hati. Kekejaman terhadap tawan perang memang mengerikan dan menyedihkan. Namun, kepayahan yang mereka lalui tidak memutuskan harapan mereka untuk bertemu semula.
Yang menarik tentang filem ni adalah, masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Dari bahasa Korea, bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa Russia (Soviet Union) dan bahasa Perancis. Aku tak hairan kalau produser dia kata, dia da habis banyak duit dalam filem ni. Memang berbaloi dengan hasilnya.
Aku juga percaya, satu hari nanti Malaysia juga boleh mencipta rekod untuk keluarkan cerita macam ni. Tapi buat masa sekarang, secara jujurnya aku belum nampak lagi ada tanda-tanda karyawan kita yang berani buat cerita macam ni. Tapi kita masih boleh buktikannya dan ianya bukan mustahil. So, korang tengok la cerita ni ok! Mungkin mula-mula ia agak bosan sedikit. Tapi bagi la masa dalam 15 minit, mesti korang da tak boring. Touching giler weii!
Till then, bye!


No comments:
Post a Comment
what?!