Friday, June 8, 2012

Facebook

Assalamualaikum wbt..

If we talk about facebook, of course there are many reactions that we can get. It's really a phenomena nowdays and we feel it's very weird and awkward if people around us does not have a facebook account. Hurmmm..luckily i'm not like that. For me, if you don't have any accounts in social network, it doesn't mean that you are loser or not up-to-date person but i think it is because you need a privacy in your life. Well, yeah. At least no one will stalk on you.

Aku admit yang aku ada facebook account. Memang satu account je la pun. Twitter pun ada tapi aku tak aktif di twitter. Tak tahu sebab apa. Hanya facebook. Itu pun hanya jengah bila rasa perlu. Haha! Sekali pandang, memang la banyak function FB ni. Selain dari komunikasi dengan kawan, kita pun boleh berdakwah dan share pandangan kita. Macam kawan-kawan aku, semuanya sangat rajin update FB diorang. Kadang-kadang 5 minit sekali. Bila ada kawan aku buat macam ni, terus trigger dalam otak aku yang diorang ni kreatif sebab sentiasa ada benda yang nak dikongsikan. Sedangkan aku, nak update seminggu sekali pun payah. Haha! Well, it's depends. Maybe aku seorang yang boring, which is tak ada benda best pun yang boleh share ataupun jenis tak suka untuk menceritakan apa yang aku buat termasuklah ketika aku ingin makan. Atau sendawa.(erk!heh!) Bukan tak pernah buat tapi sangat lah jarang.

Tapi ada satu perkara yang aku tak berapa nak gemar bila bercakap mengenai sharing ni. Sikap suka sharing yang melampau akan membuatkan kita nampak bodoh dan jadi bodoh. Contohnya,

Situasi 1


Cik Timah (bukan nama sebenar) status update : 


"..ari ni sayer susah nak kencing. Rasa sakit kat ******. Ada apa-apa petua  x?"


Alahai..aku rasa malu kalau ada yang update status macam ni walaupun aku juga seorang perempuan seperti Cik Timah ni. Tak kira la awak tu dah kahwin atau belum. Cubalah ada perasaan malu sikit. Selain kau boleh guna bahasa yang lebih indah selain kencing, kau tak perlulah cerita pada wall FB tu sebab yang baca bukan setakat golongan hawa je. Agak-agak orang respect tak? Agak-agak ada tak orang yang akan judge engkau? Kan itu dah menimbulkan fitnah. Nak-nak kalau ada golongan adam yang like or comment.



Situasi 2


Encik Hashim (bukan nama sebenar) status update:

"..ko pikir ko bagus sangat?!!!Celaka ko! ****mak punya orang!!!!**ial!!**bi!!..haktuih!"

Adoyai! Aku faham kalau ada yang fikir FB ni adalah tempat kita untuk meluahkan dan berkongsi dengan rakan-rakan. Tapi kalau dah sampai tahap macam ni, tak perlulah kot. Salah satu penghormatan orang pada kita adalah terletak pada setiap percakapan kita. Kita manusia memang tak lari dari perasaan geram dan marah tapi pandai-pandai la untuk kawal atau cari alternatif lain untuk luahkan perasaan marah tu. Lagipun, setakat perang mulut di FB, agak-agak kau lah kan, masalah boleh selesai tak? Atau sebenarnya kau hanya nak tunjuk hebat macam kau seorang gangster?

Aku faham itu adalah wall FB kau dan kau boleh buat sesuka hati kau. Kalau taknak baca, jangan tengok ataupun block terus lagi senang. Tapi kau kena fikir, sampai bila kau nak buat macam tu? Dah la orang tak respect dengan kau, hilang kawan pulak tu. Kenapa nak merendah-rendahkan maruah sendiri? Perkara macam ni lah sebenarnya membuktikan kewarasan dan pertimbangan akal kita. Itu baru tulisan, belum lagi dengan gambar-gambar yang tak sepatutnya kita upload. Di situlah terletak setinggi mana daya pemikiran kita. Nak share boleh tapi ada limit. Bukan main taram je. Kalau kita sentiasa memilih baju yang sesuai untuk ke mana-mana, begitu juga percakapan kita.

Bukanlah niat aku untuk membebel tapi ini juga satu peringatan pada diri aku sendiri agar tidak bertindak mengikut perasaan. Biasalah manusia ni kan, selalu tergelincir. Hari ni insaf, esok buat lagi.


p/s: Kalau rasa memang dah tak boleh tahan perasaan tu, apa kata korang guna ayat-ayat kiasan, sindiran. Macam yang kita pernah belajar masa sekolah dulu. Sekurang-kurangnya bahasa yang kita gunakan tu elok sikit bunyinya. Malu itu adalah sebahagian daripada iman. Kalau dah takde malu langsung, means what?



No comments:

Post a Comment

what?!