Thursday, June 9, 2011
Jalan-Jalan ke Nilai 3
Last week entah macam mana aku dengan seorang teman ni tetibe trfikir nak pergi ke Nilai 3..orang kata macam-macam ada dekat sini..dari barang kelengkapan perkahwinan, perayaan hinggalah ke barang keperluan..so aku pn decide nak try pergi ke sana walaupun tak tahu nak ke sana..hehe!but don't worry, sekarang kan dah canggih,.GPS kan ade!tapi kalau takde GPS pn still boleh pergi ke sana dengan berpandukan signboard..senang je!well..masa mula2 smpai tu aku agak teruja sebab kawasan tempat untuk menghabiskan duit ni boleh dikatakan agak besar..memang puas la nak bershopping sakan..
Gambar yang kat atas ni adalah merupakan salah satu gedung yang ada di Nilai 3 ni..kat sini ada macam-macam jenis kain, langsir, tudung dan hiasan perkahwinan..dari kain cotton hinggalah sutera..harganya pun boleh tahan..jika bijak tawar menawar memang la berbaloi korang datang sini..tapi nasihat aku kalau korang nk datang sini,kenalah bawak cash lebih-lebih sebab kebanyakan kedai di sini tidak menyediakn perkhidmatan kad kredit..tapi ada jugak certain kedai yang menerima kad debit..memang jadi rambang mata nak pilih mana satu yg berkenan..tapi harus diingat jugak ye..jangan hanya pandang pada harga yang murah atau mahal je..kualiti pn kena tengok jugak ok!
setelah penat bershopping (tak banyak pn sebenarnya,heh..!)akhirnya aku nasihati diri aku untuk berhenti sebab di sini banyak sangat kedai dan aku tak larat nak masuk semua..even nak window shopping pun dah penat..(oh!kesian mata aku!)masih banyak lagi kedai pakaian yang aku belum terokai apatah lagi kedai carpet, langsir..adeh!tapi korang jangan lah menyampah dengan aku ye!shopping ni kan hobi orang pompuan sejak azali lagi..huhu!
so pada korang yang dah nak buat persiapan kahwen atau raye tu..boleh la berkunjung ke sini..Insyaallah,apa yang korang cari tu ada di sini k!Enjoice!
Labels:
Jalan-Jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
what?!