Friday, January 23, 2015

Tegur

Salam Jumaat. Pernah tak dalam hidup korang, ada antara kawan-kawan korang ke, saudara mara ke, family yang tiba-tiba tak bertegur sapa dengan korang? mesti ada kan?

Bagi aku, kalau situasi ni terjadi pada aku, selalunya aku akan biarkan aje. "Biarkan" bukan bermakna aku tak ambil peduli tapi lebih kepada memberikan ruang kepada si polan atau si polanah untuk relaks, berfikir atau berseorangan. Banyak sebab kenapa tiba-tiba orang yang selalunya Ok dengan kita jadi pendiam dan tak nak bercakap dengan kita langsung. Antaranya mungkin dia tengah bad mood, stress, ada masalah dengan bos, kucing mati, ataupun tengah PMS (untuk pompuan la).

Tapi kadang-kadang situasi ni jadi sangat annoying bila kawan ko ni sebenarnya nak orang pujuk, slow talk and tanya dia kenapa hari ni kau bermuram durja. Laaa...nak perhatian rupanya. Ada jugak kawan aku sorang ni..seorang lelaki. Dia suka uji kawan-kawan dia termasuk aku dengan tak bercakap dengan kami untuk satu hari tu. Ada masa aku tanya jugak kenapa dengan kau hari ni? Sembelit ke? Dia buat tak tahu je. So aku da malas nak tanya. Esoknya, dia ajak aku keluar makan and cakap, sebenarnya aku saja je tak cakap apa-apa dengan korang sebab aku nak tengok sapa yang kisah kalau aku diam. Hek? Aku pun tanya la kenapa kau nak tau samada orang kisah ke tak? Dia kata, dia nak tengok ada tak orang ambil berat pasal dia. Adoi bang oii! Tak semestinya orang tak tanya, dia tak kisah tapi orang nak bagi kau ruang untuk kau tenang kalau kau ada masalah. Tak semua orang boleh baca apa yang ada dalam dalam otak dan dada kau. Aduhh! Orang macam ni pun ada.

Ada jugak kawan kita yang tiba-tiba jadi macam ni sebab mood dia tak OK. Selalunya aku biarkan je. Bila emosi dia tak stabil, dia ada tendency untuk buat perkara di luar jangkaan kita. So lebih baik bagi dia masa untuk OK. Orang perempuan yang selalu macam ni. Aku susah nak fikir negatif pasal orang. So, bila berhadapan dengan situasi macam ni, aku akan diam dan fikir dia tu ada masalah agaknya. Aku akan tanya, tapi bukan pada hari yang sama. Aku akan tanya dia pada keesokan hari. Sebab bila kau bad mood, kau balik rumah, kau tidur, esoknya mood kau mesti lebih baik berbanding semalam. Itu pendapat aku la. Time ni baru la aku akan tanya. Tapi tak la tanya direct, kau kenapa semalam? Kena la ada mukadimah, kau Ok tak hari ni? Kau da makan? Jom kita lunch sama-sama. Banyak la.

Ada jugak kawan aku yang buat perangai macam ni, sampai sekarang tak bercakap dengan aku. Sebab apa pun aku tak tahu. Bila aku nak cakap dengan dia, dia elak, aku senyum, dia paling muka ke lain. So, lantak kau la. Bukan dengan aku je dia buat camtu, dengan kawan aku yang lain pun dia buat perkara yang sama. Rupanya, aku dapat tau yang dia tak suka kami keluar makan dan berbaik dengan orang yang dia tak suka. Kau yang tak suka orang tu, apa kena mengena dengan aku? Aku tak ada masalah pun dengan orang tu. Ok, sindrom ni aku akan sentuh pada entri yang lain. Bye!

Thursday, January 22, 2015

Apa nak jadi nih?

Assalamualaikum everyone..

Subhanallah, da setahun lebih aku tak jengah langsung blog ni. Nasib baik la aku still ingat password lagi..hukhuk! Last post was in early 2013 and now..early 2015. Means bukan setahun lebih tapi 2 tahun! Apa nak jadi la dengan aku ni..ish3

There were so many things that happened in the 2 years. Happiness, disappointment, sadness, enjoyable moments, friendship, family, success, failure... But Alhamdulillah, i'm still here, standing stronger than before.

Kehidupan masih lagi seperti dulu. Makan gaji. Tahun lepas aku cuba untuk bertukar "angin". Tempat baru, peluang baru, suasana baru, industri baru, gaji baru (ececeh!), bos baru. Tapi, bos aku reluctant untuk lepaskan aku. Bukan sebab aku bagus sangat (mungkin aku bagus, heh!) . Tapi dia tak cukup staf and dia perlukan seseorang yang boleh selesaikan setiap masalah dia. Hurmmm.. Tapi atas dasar pekerja yang prihatin (hehe!), kami berbincang dan aku setuju untuk kekal di sini dengan syarat-syarat yang tertentu. Surprisingly, bos aku setuju and dia berjaya membuatkan pengurusan aku juga bersetuju. Lalu, aku pun menarik balik keputusan aku.Baik kan bos aku? Haha!

Tahun 2014 juga meninggalkan banyak kenangan untuk aku. Banyak perkara yang aku belajar. Perkara yang pada mulanya aku rasa sukar dan tak yakin untuk lakukannya, akhirnya aku berjaya lakukan dengan jayanya. Aku belajar benda baru, improved skills yang ada. Hopefully tahun 2015 ni aku belajar lagi banyak benda. Contohnya, menambahkan lg ilmu dan menu untuk masakan kampung dan barat. Aku boleh masak tapi selalunya masakan yang sama je. Aku nak la belajar masak Daging Landak Masak Lemak Cili Api. Masak Lemak Cili Api tu memang la senang tapi daging landak? Kau reti ke? Aku pernah makan sekali je. Aku suka masakan kampung macam aku makan kat rumah arwah nenek aku masa kecik2kecik dulu. So, instead of beli je, aku nak masak sendiri. Kalau masakan barat pula, aku suka makan makanan yang ber"grill". Nampak senang tapi kau kena make sure makanan yang kau panggang tu cukup lembut tapi crispy and tak terlalu kering. Kena pandai set temperature bagai. So ilmu yang macam ni la yang aku nak asah lagi bagi aku pandai.

Dalam tahun 2014 juga status aku telah bertukar dari "in relationship" to "engaged". Macam tak percaya je. Alhamdulillah, ada juga orang yang nak kat aku. Hahaha! InsyaAllah, kalau ada rezeki, jodoh yang panjang, aku bakal menamatkan zaman single kepada plural dalam tahun ni. Se moga Allah memberkati dan mempermudahkan semua urusan. Setakat ni, aku ok2 je. Tak ada rasa nervous ke, excited ke, pening ke, stress ke..semua tak ada. Orang kata, sekarang ni memang  tak ada rasa macam tu, kau tunggu nanti da nak sampai hari nikah, baru kau tau kepala kau migrain tiba-tiba and jantung kau rasa macam nak putus. Maybe yes. tapi buat masa sekarang aku masih ok. Hihi!

Selain dari berkahwin, tahun 2015 ni aku nak enjoy je. Aku da aim a few countries yang aku nak pergi. Tahun lepas sempat pergi Phuket je. Itu pun jenuh cari masa. Teruk betul aku ni. So, tahun ni, aku da pasang azam untuk banyakkan masa berehat dan melancong. Mudah-mudahan murah rezeki aku tahun ni.

Ok lah, InsyaAllah aku akan sentiasa cuba untuk update blog ni selalu. Hingga ketemu lagi! :)